Kalau aku bukan aku yang sekarang, pasti aku...

Dulu aku bukanlah orang yang periang, seorang yang gembira, apalagi nak gembirakan orang lain. Memang tidaklah. πŸ˜“

Aku jenis suka terperap dalam bilik mengenang nasib diri yang aku selalu rasa tiada kelebihan, tidak cantik, banyak kekurangan dan sebagainya. 

Aku juga rasa sangat malu bila berhadapan dengan saudara-saudara aku, makcik, pakcik dan kenalan aku yang lama. 

Rasa tidak confident pada diri aku tu sangatlah terbawa-bawa sampai apa sahaja kerja dan tugas aku lakukan semuanya tak sempurna.

DOWN ! Itu sahajalah yang aku tahu. 

Kawan rapat aku dulu adalah diary. Buku diary tulah tempat aku cerita dan luah semua yang aku rasa. 

Macam mana aku nak luah pada ibu, bila berhadapan dengan ibu sendiri pun aku tidak yakin. Apatah lagi dengan orang lain. 😨πŸ˜ͺ

Bila aku stress, asyik mengenang nasib diri je, aku selalu makan. Bagi aku makan tu menenangkan dan release kan sedikit tekanan aku. 

Lama kelamaan, bila aku melihat bentuk badan aku di cermin

aku bertambah-tambah sedih dan bertambah-tambah stress. 

Hampir semua tempat di anggota badan aku semakin besar. Kulit muka aku juga semakin hari semakin teruk dinaiki jerawat dan dihinggapi parut degil. 

Percaya atau tidak, 

Aku pernah menangis waktu berdoa yang aku tak sanggup nak berhadapan dengan wajah aku dan bentuk badan aku ketika itu. Bukan sekali aku menangis. 

Bila aku melihat kawan2ku yang mula dewasa cantik, ramping dan ada gaya penampilan mereka tersendiri, aku jadi iri hati dan cemburu. Lalu aku luah dengan tangisan. 

Tiada orang tahu. Hanya buku diary. 

Aku mula membandingkan diriku dengan mereka. Tidak bersyukur dengan apa yang aku ada semakin menebal. Aku mula tidak nampak dan menafikan segala kelebihan yang ada. Dan mula melihat semua sudut diriku dengan negatif. 



DETIK AKU MULA MENGENALI SHAKLEE. 

Aku tahu hati seorang ibu. Mana sanggup tengok anak dalam kesedihan. Walaupun aku tidak pernah memberitahu apa yang aku rasa time tu pada ibu, tapi naluri seorang ibu tu sangat ketara pada dirinya. 

Satu hari, ibu panggil aku lepas makan tengahhari.

Ibu tunjuk kat aku flyers shaklee. Suruh aku tengok-tengok supplements shaklee yang mana aku berkenan, nanti ibu rogerkan.  Apa yang aku rasa sesuai, ibu suruh aku cuba. Ikhtiar. 

Waktu tu, untuk pertama kali, aku jatuh hati untuk beli Vitamin C dan ESP.

Aku mula consume. Rajin aku minum ESP dan consume Vitamin C hari2. Sebab nak cantik punya 
pasal.

 


Alhamduliillah, dalam 2 minggu aku dah boleh rasa perubahan tu. Jerawat aku memang cepat kecut. Cepat kering. 

Semakin yakin, aku tambah suplemen lain untuk turunkan berat badan aku pula. Aku beli Herba Lax. Kata kawan aku, dia baik untuk bantu melancarkan pembuagan. Tambahan pula ku memang jarang membuang. Kadang sampai buasir πŸ˜”






Haaa, alang-alang, aku risik satu set untuk set kurus shaklee. Senang. 

Lama juga aku consume. Maklumlah, bertahun-tahun aku tampal lemak tepu pada badan aku, begitu jugalah masa yang diambil untuk aku pulih kembali bentuk badan yang aku impikan...

Aku tak pernah give up. Waktu tu aku sangat nekad. Sebab ibu selalu pesan, aku dah mula kena jaga muka, jaga badan dan jaga dalaman. Umur2 macam sekarang ni kita tak tahu siapa datang melamar. Eceh ibuku. 😝

Siapa tahu, shaklee datang dulu melamar aku ! Kawen dengan aku dan akhirnya aku jatuh cinta berkali-kali dengan suplemen shaklee. 



Tak sedar dah dua tahun lebih dah life aku dengan shaklee. 

Adik beradik aku dari lelaki ke perempuan semua aku dah shaklee kan. 

Tanyalah ibu aku. Insan paling banyak melihat perubahanku dari dulu hinggalah sekarang....



Alhamdulillah.

sekarang, 

Aku mula sedar, setiap manusia itu Allah bagi lengkap dah. Ada kurang ada lebih. Cuma bagaimana kita meraikan setiap kekurangan dan kelebihan kita. Bagaiaman kita perbaiki kelemahan diri kita. 

Aku mula nampak siapa aku. Dan mula yakin dengan manusia yang ada di sekelilingku. 

Pertemuan aku dengan shaklee buat aku lebih menghargai keluarga aku, sahabat-sahabat dan semua orang. 😭😭

Setiap kali aku tengok cermin, cuba aku tanamkan dalam hati aku, INI AKU. INILAH YANG DIA DAH ANUGERAHKAN PADA AKU. Syukur. 

Kalau aku bukan aku yang sekarang, pasti aku masih lagi tidak melihat siapa diriku. Malah aku hanya asyik melihat orang lain. 

Thankyou SHAKLEE. 

Comments

Popular posts from this blog

Penantian permata pertama Mama.