Hantu Tart Nenas
Assalamualikum.
Ha, kali ini farah tertarik pula nak sharing dengan semua resepi Tart Nenas kesukaan farah. Actually, farah pun tak pasti mana permulaan kisah farah dengan kuih ni. Tapi sungguh, farah jatuh cinta dengan satu-satu kuih 'raya' ni.
Kenapa farah boleh suka kuih ni?
ok ok...kisahnya macam ni. Dulu waktu farah pra remaja, farah sangat suka tengok reaction wajah ayah farah bila makan kuih ni.
Kata ayah, kalau makan kuih ni, masuk je satu tu dalam mulut. Lepastu jangan bercakap. Nanti gembur keluar dari mulut. Tapi waktu tu, farah tak suka. Farah just suka tengok reaksi muka ayah sahaja.
Lepas tengok ayah makan macam tu, farah mesti tergelak sensorang. Rasa kelakar pula ayah farah yang garang tu makan kuih tart macam tu. Geli hati sebenarnya. 😜
Tapi ia bertukar rasa bila farah mula masuk ke alam dewasa. Farah tersuka sendiri ketika pertama kali rasa teksture kuih tu dekat sebuah rumah makcik sedara farah di Melaka. Sekali makan, memang farah makan berkali-kali. Sampai ayah tanya farah "eh, tadi ayah baru makan satu. Tengok dah nak licin dah?"
Farah senyum je. Tak sangka pula kesedapan dia sehingga menjilat jari. Pertama kali makan, farah dapat rasa betul-betul sedap sehingga buat farah lupakan sebentar segala masalah. Ouchh, sedap sungguh. Wallahi.
Maka hari ni, farah nak berkongsi sedikit dengan semua Resepi Tart Nenas lembut dan gebu yang farah suka nau tu.
RESEPI BISKUT TART NENAS.
Saiz hidangan : 30-40 biji
Waktu memasak : 25 minit
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Gebu dan sedap dan lazat
Jenis : Biskut
BAHAN-BAHAN :
👉 300gm tepung gandum.
👉 4 sudu makan tepung kastard
👉 3 sudu makan gula ising
👉 200gm mentega
👉 1/2 sudu teh esen vanila.
👉 2 biji telur kuning
👉 1/2 sudu teh garam halus
👉 Jem nenas secukupnya.
CARA MEMASAK:
1. Masukkan tepung gandum, tepung kastard, gula ising dan garam halus. Gaul rata.
2. Masukkan mentega dan esen vanila. Gaul. Masukkan kuning telur sedikit demi sedikit sambil digaul rata sehingga mendapat doh yang tidak melekat.
3. Canai doh dan terap dengan acuan kuih tart kegemaran anda dan susun dalam dulang pembakar. Buat sehingga doh habis.
4. Lekat inti jem nenas diatas biskut dengan secukupnya.
5. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 175͒ C selama 25 minit.
6. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.
TADA........SIAP SUDAH KAN.......
Hari raya nanti bolehlah cuba. |
Farah Adibah Abdul Rahim
Anak sulung ibuyah.
Comments
Post a Comment