RESEPI KEK BATIK LELEH IBU

Salam 9 Zulhijjah ❤

Farah dok melepak jap sementara tunggu beras kering selepas habis dibilas sebelum masuk dalam plastik paket kecik2. (Rahsia buat ketupat cara nenek)

semalam buat kek batik dengan ibu. Saja nak buat resepi orang lain. Selama ni dok ikut resepi mak, ternyata resepi ibu juga yang kena dengan citarasa dan tekak den ni ha. πŸ˜‹

So, today tak buat apa2 ni farah share lan dengan engkorang ya resepi rahsia kek betik ibu kita.

Semalam farah buat kek batik nya keras. Orang muda suka lah kot. Sebab dia macam krunchy. Tapi farah tak minat. Farah minat yang teksture dia lembut. Tak manis sangat dan penuh coklat and then PADAT dan PADU.

Belum apa2 lagi dah nampak menyelarakan. Dah lah puasa. Haishh. Hahaha

RESEPI KEK BATIK IBUNDA SAYA. 

BAHAN2nya :

πŸ‘‰ 1 Bungkus biskut Marie. Boleh je apa2 brand. Tapi ibu biasa guna Hwa Tai punya biskut.
πŸ‘‰ 1/2 Buku Butter
πŸ‘‰ 2 Biji Telur
πŸ‘‰ 1 Cawan Koko
πŸ‘‰ 1/2 Cawan Milo
πŸ‘‰ 1 Cawan Air
πŸ‘‰ 3/4 Cawan Gula

CARA-CARANYA :

😊 Patah2kan biskut di dalam bekas. Jangan hancur. Patahkan 4 saja.
😊 Campurkan koko, milo, air. gula dalam kuali dengan nyalaan api yang sederhana.
😊 Kacau kesemuanya sehingga larut.
😊 Masukkan butter sehingga cair dan sebati, tutupkan api.
😊 Masukkan pula biskut yang siap dipatah tadi dan gaul sehingga sebati.
😊 Masukkan dalam loyang, tekan-tekankan sehingga padat. Simpan dalam peti sejuk.


Tada.....Hasilnya...

Inilah hasil kek batik resepi ibu kita...Memang lembut. Padat. coklat penuh. 
Selamat mencuba. Kek ni sedaplah kalau bawa bekal naik kereta pergi jalan jauh. Confirm habis berebut dengan adik beradik. Tak cukup saja dalam kereta tu. Tapi kat rumah buat tak hirau aje. Farah kalau ibu buat farah akan bawa balik sekolah buat kudap hari2. Hehehe. 

Comments

Popular posts from this blog

Penantian permata pertama Mama.

Kalau aku bukan aku yang sekarang, pasti aku...