Penantian permata pertama Mama.

Lamanya tak menaip. πŸ˜‚ Rindu.

Maklumlah dulu bujang, bila bujang semua benda boleh je buat bila2 tak kira tempat dan masa. Tapi sejak dah berkahwin, bertukar mood lah pula.

Alhamdulillah,
Rezeki lepas berkahwin je Allah bagi rezeki zuriat pula.

Betul lah bila berkahwin ni banyak pintu rezeki Allah buka. Kena yakin je dan tahu niat kenapa kita berkahwin. Hehe πŸ˜™

Syukur sangat.
Semua dah digaris takdir yang betul. Tiada pun cepat tiada pula yang lewat bila DIA dah kata kun. Maka jadilah semua yang DIA kehendaki.

Sebelum tu, izinkan farah memberi gelaran diri sebagai mama ya. 😊
Feeling mak2 gitu..

Selepas 4 minggu bergelar isteri,
Ada perkara pelik yang berlaku pada diri mama dalam minggu tersebut sehingga menarik perhatian beberapa rakan kerja mama.

Time ni mama kerja lagi. Mama mengajar kat maahad perempuan. Sekolah tahfiz. Pagi2 dah tak sabar nak masuk kelas semak bacaan quran anak2 murid mama. Ehh rindu lah pula..

Inilah bekas anak murid mama dulu. Tak kisahlah diorang ingat atau tak ingat mama lagi, maa sentiasa doakan kejayaan semua anak murid mama....πŸ˜‰


Mama sambunglah ya,
Yang pelik tu takdelah berapa pelik sangat tapi kawan ofis mama ni dia yang syak dulu mama mengandung.

Sebab nya,
Waktu dalam kelas sepanjang panjang tahun mama ngajar dan masuk kelas mama tak pernah mengantuk. Kalau ada pun takdelah teruk sampai tersengguk kepala kan. Tak pernah lah sampai tingaalkan kelas.

Tapi kali ni lain.
Awal2 masuk kelas mata mama bagai digam2. Letihnya macam baru je habis gotong royong. Penat badan. Sanggup juga mama keluar kelas kata ngn anak murid nak pergi tandas, tapi sampai habis masa tak kunjung tiba. Haha πŸ˜…

Tau tak mama lari tidur kat bilik makcik tukang masak kat maahad tu. Siap buka semua pakaian lengkap mengajar.

Kawan mama ni masuk nak tumpang buang air. Dia kejut mama. Dia ingat mama sakit. Tak mama cakap mama letih aje. Terus dia cakap dia rasa mama mengandung nii hehe...

Terkejut lah mama. Mama memang tak rasa apa2.

Malam tu ajak suami pergi watson nak cari upt. Mula2 salah beli pula, esok tu minta pergi lagi tapi tak bagitahu langsung kat suami nak cari apa...Dia pun pelik. πŸ˜‚πŸ˜‚

Dah cuti sekolah.
Kembar mama balik cuti kat rumah ibu. Dia pun sibuk tanya mama dah datang period ke belum bulan ni??? Hahaha adoilah sibuk. 🀣

Sebelum tu mama  x check lagi. Saja tunggu cuti. Nak tunggu kembar. Tapi period dah lewat 2 minggu. Tak pernah macam ni sebab mama biasa period on time.

Pagi tu check,
Mama nervous !

What !! Upt tu naik tulisan posit+ 3

Mama nervous bercampur happy plus macam mana niiii nak bagitahu suami ! Hahaha

Orang first mama share adalah kembar mama. Orang pertama tahu mama pregnant. Lepastu dah beberapa hari kembar mama bgtahu ibu. Baru berani nak share. Tapi tak bgitahu suami pun lagi.

Esok pagi baru mama bagi tengok gmbar upt tu.

Alhamdulillah syukur sama2 kitaorang. Kami ada orang baru tak lama lagi. Sujud syukur masing2 bila dapat tahu. πŸ˜™

Nak mama sambung cerita ke???

Comments

Popular posts from this blog

Kalau aku bukan aku yang sekarang, pasti aku...