MUSIM DURIAN?? MACAM MANA DENGAN DIET SAYA !!

Hai,

Assalamualaikum korang...setelah sekian lama tak mengemas blog, rasa rindu pula nak mengarang. adohai. maaflah farah ni kalau dah kat fb, memang dah tak renggang dah. Asyik melekat aje.

Petang ni memang tak buat apa. Santai memasing kat office ni ha..

Kali ni, tertarik pula nak story tentang MUSIM DURIAN. Memamng tengah 'Demam Durian' kan??

Wahh, sebut je durian farah dah terbayang isinya yang kuning keemasan, lembut dan rasanya yang pahit manis....Pergghh

Cair di dalam mulut melekat dihati ewahhh 😜😜😜😜

Farah memang HANTU dari kecik dengan durian ni. Farah tak pernah lagi jumpa durian yang isinya tak sedap atau buat farah muak bila makan. Haha

Bayangkanlah,

Adik bongsu farah yang dulu kalau bau je dia uwek uwek (nak termuntah) tapi sekarang dialah orang paling teruja kalau ayah bawa balik durian dari kebun. wuhhhu

Nak bagitahu bakal, yang farah memang PEMINAT NO 1 DURIAN KAMPUNG WOOO πŸ˜‹πŸ˜‹ Hahahaha

Nanti awak kena layan atau makan sama2 dengan saya bila dah tiba musimnya lagi ya. Ahakss



ADAKAH DURIAN BOLEH MENYEBABKAN BADAN NAIK ??

Hehe, farah gelak je sebab ada kawan farah dia kata seminggu dia makan durian berat badan naik mencanak2. Wohoo so ngeri tau bila farah sendiri dengar dia buat statement macam tu. Haha

Memanglah naik kalau lepas makan 5 biji  (bukan ulas ya) lepastu kau tidur, baring, bermalas2 dan tak berpeluh.

Apa yang farah boleh bagitahu, yes memang DURIAN ni tak bolehlah nak makan berbiji2 satu hari. Kena beringat juga sebab durian ni termasuk dalam buah yang tinggi kadar gula dan tinggi KALORI. πŸ˜‰

Apa yang farah boleh kongsi pada korang, durian ni seulas antara 60-150 kcal bergantung kepada saiz dan ketebalan isinya. Jadi kena pandai2 lah. 

Dan, 

Kalau siapa tengah dalam proses DIET, janganlah pula korang seronok makan durian tambah pula dengan PULUT, SANTAN, CENDOL, GULA dan sewaktu dengannya yang boleh menambahkan KEGENDUTAN perut korang. Haihh 



TAHU TAK DURIAN JUGA MEMPUNYAI BANYAK KEBAIKAN........

Ha, jangan tak tahu. Durian ni walaupun begitu mempunyai banyak juga manfaatnya untuk kesihatan. 

Antaranya:,

πŸ‘ Menjaga kesihatan tulang


Ternyata ‘potassium’ yang terdapat pada durian, juga bagus untuk kesihatan tulang. Ini bermakna menjaga agar tulang tetap sihat dan kuat, bukan setakat kalsium sahaja.
πŸ‘ Bantu diet lebih berkesan
Makan durian jadi kenyang! Ini adalah kerana vitamin B yang terdapat pada durian membuatkan tubuh menjadi kenyang lebih lama sehingga anda boleh mengawal nafsu dan jumlah makan.
πŸ‘ Membantu meredakan migraine
Durian dapat membantu meredakan sakit akibat migraine. Ini adalah kerana durian mengandungi vitamin B yang diperlukan untuk meringankan rasa sakit yang disebabkan oleh migraine.
πŸ‘ Mencantikkan kulit
Durian juga mengandungi vitamin C yang merupakan faktor penting untuk meningkatkan produksi kolagen. Kolagen sendiri adalah zat yang tugasnya membantu regenerasi kulit serta membuat kulit jadi lebih tegang dan segar.
πŸ‘ Cegah sembelit
Kandungan serat yang ada pada durian sebanyak 37% dikatakan mampu membantu melancarkan sistem penghadaman. Nutrisi di dalam buah durian ini mampu menyerap air dan melancarkan proses pembuangan air besar serta mencegah sembelit.


Alhamdulillah, dapat juga farah kongsikan sedikit sebanyak manfaat buah durian ni kepada semua PEMINAT RAJA BUAH ni. Semoga dengan kehadiran musim dia ni, korang tak lupa makan sambil menjaga kesihatan. 
Tapi, kalau rasa dah over loaded sangat, mai lah roger Omega Guard shaklee dengan farah ya. πŸ˜ŠπŸ˜‰

Comments

Popular posts from this blog

Penantian permata pertama Mama.

Kalau aku bukan aku yang sekarang, pasti aku...