Adakah protein membuatkan saya gemuk?

Adakah PROTEIN membuatkan saya gemuk?

Jawapannya, TIDAK. 😊

Sebaliknya bila kita ambil protein yang berasaskan tumbuhan ini, rendah pula indeks glisemiknya (GI) dan yang pasti ia bukan GMO,

Maka ia sangat membantu dalam PENGURUSAN BERAT BADAN.

How?? Bagaimana??

1. Protein memberikan TENAGA. 

Protein dicerna sebelum ianya dibebaskan sebagai tenaga. Ini adalah ia sumber ransangan tenaga yang lebih baik untuk jangka masa panjang. Pencernaan yang perlahan membantu saya mengekalkan tenaga sepanjang hari. Jadi, kita boleh buat banyak aktiviti dalam satu hari.

2. Protein membantu mengekalkan UKUR LILIT PINGGANG. 

Apabila digabungkan dengan senaman, protein membantu pembentukan OTOT. Pemakanan tinggi protein meningkatkan metabolisme. Penggunaan protein secara konsisten dapat mengekalkan berat badan anda. Make sure tak pilih protein yang ada  gula pasir putih ya. Supaya ukur lilit pinggang anda tidak ditambah secara sengaja. 😊

3. Lebih otot = Lebih pembakaran KALORI. 

Protein membentuk & membina otot. Otot membakar kalori. Lebih banyak otot yang anda miliki, lebih banyak kalori tubuh boleh terbakar.

4. Mengawal SELERA makan dan mengurangkan keinginan makan.

Meningkatkan rembesan homron peptide YY, yang membantu anda berasa kenyang lebih lama.  Hasilnya, ia membantu mengawal selera makan. Oleh itu, selepas pengambilan protein anda hanya akan mengambil sedikit sahaja dari hidangan.


5. Makanan yang SIHAT & MUDAH.
 
Shake protein adalah cara terbaik untuk menambah protein tambahan dalam diet anda. Ia juga bertindak sebagai makanan sihat  yang mudah berbanding makanan sejuk beku atau makanan segera dan berminyak. Mudah diambil dan disediakan. 

Pilihlah shake protein yang terbaik !!

Comments

Popular posts from this blog

Penantian permata pertama Mama.

Kalau aku bukan aku yang sekarang, pasti aku...