KENAPA LAMBAT SANGAT KURUS.

Kenali jenis GEMUK, cara buang HABIT punca gemuk

Salam sejahtera buat pembaca dan folowers blogger farah sekalian..Petang ni, ada masa sikit farah nak sangat share dengan korang bab ni. Bila sembang je tentang kurus ni, buat farah teringat habit farah masa zaman kegemukan dulu. 
Lama dah sebenarnya ada niat untuk kurus ni. Tapi asyik tertangguh dengan pelbagai 'ujian' hidup. Jadi bertahun-tahun lama jugaklah niat tu tergantung sepi.

APA YANG ANDA TAHU TENTANG GEMUK?

Biasanya kita diketegorikan sebagai gemuk apabila badan kita melebihi 20 peratus daripada berat badan ideal. Sebagai contoh sepatutnya berat badan ideal kita 60kg, tapi pada hakikatnya jarum penimbang menunjukkan kita 75kg. Maka itu kita telah dikategorikan dalam kategori orang yang gemuk. 

Kegemukan ni biasanya terjadi apabila kalori yang masuk dalam badan kita melebihi kalori yang badan kita perlukan. Jadi kalori yang berlebihan itu akan menjadi lemak terkumpul di beberapa bahagian tertentu seperti di lengan, perut, paha, punggung dan betis. Senang cerita bila kita makan makanan berlebihan, dan kita tidak tukarkan ia kepada bentuk tenaga, itu yang tersimpan dan terbentuklah lemak. 

Semakin kita berusia, berat makin susah turun sebab kadar metabolisma & hormon menurun. Sebab itu kena amalkan gaya hidup yang sihat dan makan supplemen supaya hormon & metabolisma kita sentiasa dalam keadaan baik. 

Gemuk boleh dibahagi kepada 4 jenis. Jom kita kena jenis-jenis gemuk ini satu persatu:

πŸ‘‰ JENIS GEMUK DAGING.

Gemuk jenis ini biasanya badan akan berasa berat dan pejal. Gemuk daging terjadi kerana disebabkan masalah kegemukan yang terlalu lama contohnya, dari kecil lagi memang badan jenis tembam dan debab. 

Kalau nak check cuba pegang lengan tangan, lepastu kalau rasa solid, pejal tak menggeleber itu boleh dikategorikan sebagai jenis gemuk daging.

Biasanya kategori ini, proses mengurangkan berat badan agak sukar kerana lemak sudah bergumpal dengan daging. Namun tetap ada caranya. Jangan risau. 

πŸ‘‰ JENIS GEMUK AIR.

Gemuk air terjadi apabila badan kita menyimpan kapasiti air yang tidak diperlukan oleh tubuh. Biasanya akan nampak menggelambir dan lembik oleh kerana air yang berlebihan tadi. Seperti perumpamaan, bayangkan sebiji belon diisikan dengan air, kemudian anda ramas-ramaskan. Ha, begitulah badan kita kalau kita adalah jenis yang gemuk air. 

Orang yang gemuk air lebih cepat rasa letih dan mengah apabila melakukan aktiviti harian. Dan kalau timbang berat waktu pagi dan malam, akan ada perubahan 1-2 kg kurang atau lebih. Itu maknanyaterdapat lebihan gumpalan air dalam badan.

Kebanyakan yang mengalami gemuk air ni, anak dara baru kahwin ataupun ibu-ibu selepas bersalin. Biasanya tak susah sangat nak turun.

πŸ‘‰ GEMUK ANGIN.

Gemuk jenis ni lebih kurang je dengan gemuk air. Badan pun macam lembik-lembik bila dipicit. Tapi selalu sendawa, perut kerap rasa sebu, mudang pening, loya dan kerap kentut. Yang ni bahaya sikit. Kategori ini pun muda nak turun kalau kena caranya.

πŸ‘‰ GEMUK LEMAK. 

Gemuk lemak tepu boleh diumpamakan seperti kita masukkan bancuhan tepung dengan sedikit air ke dalam belon. Kemudian ramas-ramaskan belon tu. Begitulah keadaanya badan kita kalau gemuk lemak.

Dan ada juga farah pernah terbaca, yang orang kategori gemuk lemak ni sering berlaku kepada merekayang mempunyai bentuk badan jenis bentuk epal. 


APA PERLU BUAT UNTUK HAPUSKAN KE EMPAT JENIS GEMUK INI??

Apa yang penting dan perlu kita semua buat dulu ialah, jaga pemakanan. Ubah cara pengambilan makanan harian kita. Kalau kita jenis yang selalu remehkan tentang pemakanan, hari ini jom kita sama-sama uabh.


1. SAY NO TO SODA !

Air soda dan air bergas tu sangat tinggi kandungan GULA. Kadangkala sekotak air minuman mengandungi lebih 3 sudu gula !! Bayangkan kalau minum hampir 10 kotak setiap hari.

2. SKIP BREAKFAST

Tahu tak bila kita melambatkan sarapan, risiko untuk anda makan banyak masa LUNCH nanti adalah tinggi. Sebab perut dah dibiarkan lapar untuk tempoh yang lama jadi anda cenderung makan dalam jumlah yang banyak.

3. MAKAN NASI BERSULAM AIR MANIS.

Makan sambil minum air mansi menyumbang kepada buncit. Sebaiknya minumlah 2 gelas air kosong sebelum makan. Sekaligus memberi kita rasa kenyang sedikit. Takdelah nak makan banyak sangat nanti. Malangnya ramai yang selalu makan dulu baru minum.







4. MALAS BERSENAM.

Punca buruk perangai, jalan 15 minit pun tak mahu. Sayang sangat dengan segala jenis lemak dalam badan kita tu. Tiada benda yang mudah pun dalam dunia ni. Semua memerlukan masa, pengorbanan dan kemahuan yang tinggi. Untuk dapatkan body yang lean, kemas dan shape WAJIB bersenam. Ringkas pun dah memadai yang penting konsisten.

5, HEAVY LATE NIGHT SNACK (KUDAPAN)

Yang ini memang rutin rakyat malaysia yang paling susah nak dibuang. Suka sanagt makan lewat malam, makan pula burger, roti canai, meggi kari. Perghh dashattt betui. Biasanya dah lepas jam 8 malam kan, kita dah tak buat aktiviti berat, duduk santai-santai je. Jadi kalau ambil makanan berat confirm2 jadi lemak tepu.

So, nampak atau tidak kenapa badan kita mengambil masa yang sangat lama untuk turun berat badan. Kerana ia bermula dari makanan yang masuk kedalam mulut kita, lalu ia menapak diperut dan membuat sarang diusus.

jadi, makanlah makanan yang fresh. Makanan yang bukan process food atau fast food atau fried food. Sebab makanan tu lah yang akhirnya akan membawa kemudaratan pada badan kita kelak.



sekian ini sahaja daripada Farah Adibah,
semoga memberi manfaat kepada semua pelajar. ❤❤

Comments

Popular posts from this blog

Penantian permata pertama Mama.

Kalau aku bukan aku yang sekarang, pasti aku...